2 maut dalam nahas pesawat ringan di Ghana

Dua orang maut dalam nahas pesawat ringan di bandar pelabuhan timur Ghana, Tema pada Isnin, kata Ebenezer Yenzu, jurucakap Perkhidmatan Bomba Kebangsaan Wilayah Tema Ghana, lapor berita Xinhua.

Menurut Yenzu, pesawat ringan itu terhempas di pekarangan Sekolah Tabika 3 Tema Metropolitan Assembly di Komuniti 1 di bandar pelabuhan sekitar jam 2:49 petang waktu tempatan.

“Hanya terdapat dua orang di dalam pesawat ringan itu dan kedua-duanya maut dalam nahas itu,” kata Yenzu, sambil menambah bahawa kanak-kanak itu berada di dalam bilik darjah mereka ketika kejadian itu berlaku dan tiada yang cedera.