Sekurang-kurangnya 23 orang disahkan terkorban dan 108 yang lain cedera dalam tiga letupan pada petang Isnin yang menggegarkan bandar timur laut Maiduguri, Nigeria, lapor Xinhua.
Seorang jurucakap polis negeri Borno berkata dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa suspek pengebom berani mati didakwa meletupkan alat letupan buatan sendiri di Pasar Isnin Maiduguri, pintu pagar Hospital Pengajaran Universiti Maiduguri, dan kawasan Jejambat Pejabat Pos, memetik siasatan awal.