5 termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan

Perkhidmatan kecemasan Lubnan mengatakan serangan Israel ke atas dua pekan di selatan negara itu membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan tujuh yang lain, lapor Aljazeera.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Kebangsaan (NNA) Lubnan, perkhidmatan kecemasan mengatakan “serbuan musuh Israel di pekan Mefdoun – daerah Nabatieh mengakibatkan syahidnya empat warganegara, termasuk seorang kanak-kanak, dan kecederaan lima yang lain, dan serangan ke atas pekan Majdal Selm – daerah Marjeyoun mengakibatkan syahidnya seorang warganegara dan kecederaan dua yang lain.”