6 terbunuh, 55 cedera dalam 4 kemalangan jalan raya di Algeria

Enam orang terbunuh dan 55 yang lain cedera awal Ahad dalam empat kemalangan jalan raya berasingan di utara Algeria di tengah-tengah cuaca buruk, kata Jabatan Perlindungan Awam Algeria, lapor Xinhua.

Kemalangan paling dahsyat berlaku di kawasan Merdoud di wilayah M’sila, kira-kira 240 km tenggara Algiers, di mana sebuah semi treler berlanggar dengan sebuah bas penumpang, menyebabkan lima orang maut dan 38 yang lain cedera.

Dalam kemalangan berasingan, perlanggaran antara sebuah bas dan sebuah kereta mengorbankan seorang dan mencederakan seorang lagi di wilayah timur laut di Annaba.

Dua kemalangan lain pagi ini masing-masing mencederakan lapan orang, termasuk seorang dalam keadaan kritikal.

Algeria mencatatkan sehingga 4,000 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun, menurut statistik rasmi.