9 maut dalam kebakaran bangunan bertingkat di ibu kota India

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan tiga lagi cedera pada Rabu dalam kebakaran di sebuah bangunan bertingkat di ibu kota India, Delhi, kata polis, Xinhua melaporkan.

Kebakaran itu berlaku di sebuah kedai pakaian dan kosmetik di sebuah bangunan empat tingkat di Pasar Ram Chowk dekat kawasan Palam di bandar itu.

“Dua belas orang dibawa ke hospital, dan daripada mereka, sembilan orang diisytiharkan meninggal dunia sebaik tiba dan tiga orang cedera,” kata seorang pegawai kanan polis, Abhimanyu Poswal.
“Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai dua lelaki, empat wanita dan tiga kanak-kanak.”

Menurut polis, tingkat dua dan tiga bangunan itu adalah unit kediaman.