Bilangan orang hilang tempat tinggal akibat serangan Israel ke atas Lubnan cecah 831,000

Pihak berkuasa mengatakan bilangan orang yang terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat perang Israel ke atas Lubnan terus meningkat, lapor Aljazeera.

Unit Pengurusan Risiko Bencana kerajaan melaporkan 831,882 orang telah mendaftar sebagai pelarian dalaman sejak pertempuran memuncak pada 2 Mac lalu.