Lebih 200 kanak-kanak terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas Iran

Serangan AS-Israel ke atas Iran telah membunuh sekurang-kurangnya 202 kanak-kanak dan 223 wanita, termasuk tiga ibu hamil, menurut Kementerian Kesihatan Iran, lapor Aljazeera.

Menurut Aljazeera, kenyataan oleh agensi berita Fars, mengatakan 12 daripada kanak-kanak yang terbunuh berumur di bawah lima tahun.