Kebakaran pangsapuri mengorbankan 2 orang di Ottawa, Kanada

Dua orang terbunuh dalam kebakaran kediaman di pusat bandar Ottawa, menurut Xinhua memetik laporan media tempatan pada Ahad.

Kebakaran itu berlaku di sebuah bangunan pangsapuri di Somerset Street West di ibu negara Kanada.

Perkhidmatan Bomba Ottawa bertindak balas terhadap kebakaran di tingkat 19 itu kira-kira jam 9:30 malam waktu tempatan pada Sabtu (0130 GMT Ahad).

Dua individu diisytiharkan meninggal dunia – seorang di tempat kejadian dan seorang lagi sejurus selepas dimasukkan ke hospital; dua lagi masih dirawat di hospital – seorang dalam keadaan kritikal dan seorang lagi mengalami kecederaan ringan, kata laporan itu.

Kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 10:03 malam (0203 GMT Ahad), dan siasatan sedang dijalankan.