Wanita hamil anak kembar, 2 kanak-kanak antara 13 terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin termasuk dua budak lelaki, seorang wanita hamil, dan sembilan pegawai polis di Gaza yang dilanda perang, lapor Aljazeera.

Satu serangan pada Ahad telah melanda sebuah rumah di kem pelarian bandar Nuseirat di tengah Gaza, membunuh empat orang, termasuk pasangan berusia 30-an dan anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun, berita Aljazeera memetik Hospital Al-Aqsa yang berdekatan.

Wanita itu sedang hamil anak kembar, kata hospital itu, menurut laporan Aljazeera, orang keempat yang meninggal dunia, seorang jiran berusia 15 tahun, telah dibawa ke hospital al-Awda di Nuseirat.

“Kami sedang tidur dan bangun apabila terkena tembakan peluru berpandu. Serangan itu kuat,” kata Mahmoud al-Muhtaseb, seorang jiran. “Tiada amaran terlebih dahulu.”

Satu lagi serangan menghentam kenderaan polis di Koridor Philadelphi selatan-utara di pintu masuk pekan tengah az-Zawayda, kata Kementerian Dalam Negeri.

Pengeboman itu mengorbankan sembilan pegawai polis, termasuk Kolonel Iyad Ab Yousef, seorang pegawai kanan polis di tengah Gaza, kata kementerian itu.

Hospital Al-Aqsa, yang menerima mayat, mengesahkan jumlah korban, lapor Aljazeera, ia berkata 14 orang lagi cedera.

Kematian pada Ahad adalah yang terbaru dalam kalangan rakyat Palestin di enklaf pesisir pantai itu sejak perjanjian “gencatan senjata” antara Israel dan Hamas cuba menghentikan perang genosid Israel selama lebih dua tahun ke atas Gaza.

Walaupun pertempuran paling sengit telah reda, masih terdapat serangan Israel hampir setiap hari, menurut Aljazeera, selain serangan udara Israel, pasukannya kerap menembak rakyat Palestin dekat zon dikuasai tentera Israel.

Lebih 650 rakyat Palestin telah terbunuh sejak 10 Oktober 2025, lapor Aljazeera memetik pegawai kesihatan Gaza.