Dua orang ditembak mati awal Selasa di sebuah bistro di Raunheim dekat Lapangan Terbang Frankfurt di Jerman, kata polis tempatan, menurut berita Xinhua.
Menurut penemuan awal, seorang individu bersenjata memasuki tempat kejadian sekitar jam 3:45 pagi waktu tempatan (0245 GMT) dan melepaskan tembakan ke arah mangsa-mangsa, yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan mereka.
Suspek melarikan diri dan masih bebas, dan motif tembakan itu masih tidak jelas, lapor Xinhua memetik media Jerman.