Israel kata ia bunuh pemimpin keselamatan tertinggi Iran, komander Basij

Pasukan Pertahanan Israel berkata pada Selasa bahawa ia melakukan serangan udara tepat di Tehran, membunuh Gholamreza Soleimani, komander pasukan sukarelawan Basij Iran, dan Ali Larijani, setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, lapor Xinhua.

Larijani dianggap sebagai pembuat keputusan utama di Iran susulan pembunuhan Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei pada 28 Feb.

Memetik sumber keselamatan, Kan TV News milik negara Israel dan media lain melaporkan bahawa serangan itu juga menyasarkan Akram al-Ajouri, ketua sayap tentera kumpulan Jihad Islam, yang dipercayai telah terbunuh.

Pejabat Perdana Menteri Israel mengeluarkan gambar yang menunjukkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bercakap melalui telefon, didakwa “memerintahkan penghapusan pegawai kanan rejim Iran”.