Tujuh pekerja maut akibat renjatan elektrik pada Selasa di timur Burundi ketika mereka memasang tiang elektrik, kata pihak berkuasa, berita Xinhua melaporkan.
Kejadian itu berlaku pada pagi Selasa di sebuah kampung di daerah Gisuru, wilayah Buhumuza, apabila sebatang tiang “bersentuhan dengan talian kuasa voltan tinggi yang tidak bertebat,” kata Pierre Nkurikiye, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Pembangunan Komuniti dan Keselamatan Awam Burundi.
Semua mangsa berasal dari zon jiran Nyabitare, di daerah Gisuru yang sama, kata jurucakap itu.