Pesawat Iran pindah kelasi dari India selepas serangan tentera laut AS

Sebuah pesawat sewa khas yang diatur oleh Iran berlepas dari selatan India membawa kelasi dan mayat anggota kru yang terbunuh dalam serangan tentera laut AS baru-baru ini dekat Sri Lanka, menurut Aljazeera memetik laporan Reuters.

Pergerakan itu berlaku ketika perang Israel-AS ke atas Iran terus mengganggu perkapalan merentasi Selat Hormuz.

Pesawat itu pertama kali meninggalkan Sri Lanka membawa mayat 84 kelasi Iran yang terbunuh apabila kapal perang IRIS Dena dihentam oleh torpedo kapal selam AS pada 4 Mac.

Ia kemudian mendarat di Kochi, selatan India, sebelum berlepas bersama kelasi dari kapal Iran yang lain dan beberapa pelancong Iran yang terkandas.

Pegawai Iran mengesahkan penerbangan itu tetapi enggan mendedahkan destinasinya atas sebab-sebab keselamatan.

Dua kapal tentera laut Iran lain yang terlibat dalam latihan yang sama mencari perlindungan selepas serangan itu: IRIS Lavan berlabuh di India dan IRIS Booshehr berlabuh di Sri Lanka.

Pihak berkuasa mengatakan 32 mangsa yang terselamat dari kapal yang karam itu masih berada di Sri Lanka bersama 208 anggota kru dari IRIS Booshehr.