Pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, berkata kumpulannya bersedia untuk “konfrontasi panjang” dengan Israel ketika perang berterusan, lapor Aljazeera.
“Insya-Allah, mereka [Israel] akan terkejut di medan perang,” kata Qassem dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, sambil menambah bahawa “ancaman musuh tidak menakutkan kami.”
“Ini adalah pertempuran eksistensial, bukan pertempuran terhad atau mudah,” katanya.
Qassem menambah bahawa ancaman Israel untuk membunuhnya adalah “tidak bernilai”.