Kementerian luar India mengesahkan bahawa dua orang yang terbunuh dalam serangan dron di Oman awal hari Jumaat adalah warganegara India, lapor Aljazeera.
“Kami kehilangan dua warga India hari ini dalam serangan di Sohar, Oman dalam konflik yang sedang berlaku di Asia Barat,” kata Randhir Jaiswal, jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar.
“Beberapa warga India lain turut cedera. Kami mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa maut dan mendoakan agar mereka yang cedera cepat sembuh.”