Iran dakwa hentam ibu pejabat polis, pusat komunikasi satelit di Israel

Tentera Iran mengatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh saluran media negara itu bahawa pasukannya melakukan “serangan dron yang kuat” pagi ini yang menyasarkan ibu pejabat unit polis khas “Lahav 433” Israel dan pusat komunikasi satelit pertahanan Gilat, lapor Aljazeera.

Ia tidak menyatakan lokasi tapak yang disasarkan atau hasil serangan terbabit.