IRGC kata ia lancar serangan ke atas Israel dengan kerjasama Hizbullah

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan bahawa tentera Iran melancarkan peluru berpandu dan dron ke Israel dengan kerjasama sekutu Tehran, Hizbullah Lubnan, lapor Aljazeera.

“Operasi itu … menyasarkan objektif musuh Amerika-Zionis menggunakan sebilangan besar peluru berpandu ‘Kheibar Shekan’ bahan api pepejal berpandu jitu,” kata IRGC dalam satu kenyataan.

IRGC menambah bahawa operasi itu adalah sebahagian daripada Hari al-Quds tahunannya, yang bertujuan untuk menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.