Menteri Luar Turki Hakan Fidan mengatakan Amerika Syarikat dan Iran mesti kembali berunding untuk mengelakkan perang daripada terus meningkat, lapor Aljazeera.
Bercakap di Ankara, Fidan memberi amaran, konflik itu berisiko merebak ke seluruh Timur Tengah.
“Perang mesti berakhir secepat mungkin. Kami bimbang mengenai penyebaran perang.”
Fidan berkata pertahanan udara Turki memintas peluru berpandu yang dilancarkan ke arah negara itu dan mengesahkan Ankara masih berhubung dengan pegawai Iran.
“Israel mengheret rantau ini ke dalam ketidakstabilan baharu. Selagi serangan berterusan di rantau ini, ia akan berubah menjadi lingkaran yang tidak dapat dielakkan. Turki akan menentang semua jenis provokasi,” katanya.
Fidan juga memberi amaran bahawa penutupan berterusan Masjid Al-Aqsa oleh Israel kepada jemaah adalah “langkah berbahaya yang akan mencetuskan pergolakan baharu di rantau kami”.
“Kami [juga] bimbang bahawa [Perdana Menteri Israel] Netanyahu sedang menuju ke arah genosid baharu dengan alasan memerangi Hizbullah [di Lubnan],” tambahnya.