Sayap tentera Hamas puji serangan Iran terhadap Israel

Abu Obeida, jurucakap Briged al-Qassam Hamas, memberi penghormatan kepada perhimpunan yang diadakan di Iran untuk menunjukkan sokongan kepada perjuangan Palestin pada Hari al-Quds, lapor Aljazeera.

“Kami memuji serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Pengawal Revolusi Iran yang menyasarkan entiti musuh Zionis sebagai sebahagian daripada operasi pengeboman berterusan terhadapnya, yang menggunakan peluru canggih dan berangkai yang menenangkan hati rakyat kami yang berduka,” kata Abu Obeida.

Hamas sebelum ini menyokong Hizbullah dalam perjuangan berterusan menentang Israel tetapi tidak menyuarakan sokongan kepada Iran, yang telah melancarkan serangan peluru berpandu dan dron di seluruh wilayah Teluk.