Presiden AS Donald Trump pada Isnin berkata Israel “tidak akan sekali-kali” menggunakan senjata nuklear ke atas Iran, lapor Xinhua.
“Israel tidak akan berbuat demikian. Israel tidak akan sekali-kali berbuat demikian,” kata Trump kepada pemberita pada sidang akhbar.
David Sacks, yang digelar tsar AI Rumah Putih yang dilantik oleh Trump, dilaporkan berkata dalam podcast All-In minggu lalu bahawa dia bimbang mengenai kemungkinan Israel meningkatkan perang AS-Israel yang sedang berlangsung dengan Iran dengan menggunakan senjata nuklear.
“Israel boleh musnah teruk,” kata Sacks dalam podcast itu. “Dan kemudian anda perlu bimbang mengenai Israel yang meningkatkan perang dengan mempertimbangkan penggunaan senjata nuklear, yang benar-benar akan menjadi bencana.”
Trump berkata Sacks tidak berkongsi penilaian itu dengannya.